Dengan mengakses dan menggunakan laman web Web For Soho Solution (webforsoho.com), anda bersetuju untuk mematuhi Terma & Syarat berikut. Sila baca dengan teliti sebelum menggunakan perkhidmatan kami.
1. Penerimaan Terma
Penggunaan laman web ini merupakan persetujuan anda terhadap Terma & Syarat ini. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma ini, sila hentikan penggunaan laman web kami.
Terma ini terpakai kepada semua pelawat, pengguna, dan sesiapa sahaja yang mengakses atau menggunakan perkhidmatan kami.
2. Perkhidmatan
Web For Soho Solution menyediakan perkhidmatan pembangunan digital termasuk namun tidak terhad kepada:
- Pembangunan laman web dan aplikasi mudah alih
- Pengurusan hosting, domain dan pelayan
- Sistem IoT dan pembangunan sistem custom
- Email korporat dan Google Workspace
- Pengurusan projek IT dan dokumentasi teknikal
- Penyelenggaraan dan sokongan teknikal
Skop penuh bagi setiap projek akan ditetapkan dalam Statement of Work (SOW) atau sebutan harga yang dipersetujui antara kedua pihak.
3. Pembayaran & Harga
- Harga bagi setiap projek adalah berdasarkan sebutan harga yang dikeluarkan dan dipersetujui secara bertulis
- Pembayaran deposit diperlukan sebelum kerja dimulakan (kadar mengikut perjanjian)
- Baki pembayaran perlu diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan dalam sebutan harga
- Sebarang perubahan skop kerja selepas perjanjian ditandatangani tertakluk kepada Variation Order (VO) tambahan
- Harga yang dinyatakan tidak termasuk GST/SST melainkan dinyatakan sebaliknya
4. Hak Cipta & Pemilikan
- Semua kandungan asal pada laman web ini adalah hak milik Web For Soho Solution
- Selepas pembayaran penuh diselesaikan, hak ke atas produk yang dibangunkan akan dipindahkan kepada klien
- Kod sumber, aset, dan dokumentasi projek adalah hak milik klien setelah pembayaran selesai
- Web For Soho Solution berhak memaparkan projek yang telah disiapkan sebagai portfolio melainkan dinyatakan sebaliknya
5. Tanggungjawab Klien
Klien bertanggungjawab untuk:
- Menyediakan kandungan, imej, dan maklumat yang diperlukan dalam tempoh yang ditetapkan
- Memberikan maklum balas dan kelulusan dalam masa yang munasabah
- Memastikan kandungan yang disediakan tidak melanggar hak cipta pihak lain
- Mengekalkan kerahsiaan sebarang kelayakan akses (login, password) yang diberikan
6. Had Liabiliti
Web For Soho Solution tidak bertanggungjawab ke atas:
- Sebarang kerugian perniagaan tidak langsung yang berpunca daripada gangguan perkhidmatan
- Kehilangan data akibat kegagalan perkakasan pihak ketiga atau force majeure
- Kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan yang tidak betul oleh klien atau pihak ketiga
- Gangguan perkhidmatan hosting atau domain yang dikendalikan oleh pembekal pihak ketiga
Liabiliti maksimum kami adalah terhad kepada jumlah yang dibayar oleh klien untuk projek berkenaan.
7. Pembatalan & Bayaran Balik
- Pembatalan projek selepas kerja dimulakan tertakluk kepada caj mengikut peratusan kerja yang telah disiapkan
- Deposit yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat oleh klien
- Bayaran balik hanya dipertimbangkan sekiranya Web For Soho Solution gagal memenuhi skop kerja yang dipersetujui
8. Kerahsiaan
Kedua-dua pihak bersetuju untuk merahasiakan sebarang maklumat sulit yang dikongsi semasa tempoh projek. Ini termasuk maklumat perniagaan, strategi, data pelanggan, dan dokumentasi teknikal.
9. Undang-Undang Yang Terpakai
Terma & Syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diselesaikan di bawah bidang kuasa mahkamah Malaysia.
10. Perubahan Terma
Kami berhak untuk mengemas kini Terma & Syarat ini pada bila-bila masa. Perubahan akan berkuat kuasa apabila diterbitkan di laman ini.
11. Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Terma & Syarat ini:
- E-mel: info@webforsoho.com
- Telefon: 011-2424 0064
- Alamat: 2.4, Kompleks Perniagaan MARA, Jln Stesyen Off Jln Langgar, 05150 Alor Setar, Kedah, Malaysia